Krisis Terusan Suez Revolusi_Mesir_1952

Mesir meminjam daripada Bank Dunia sejak lewat 1955 untuk membiayai pembinaan Empangan Aswan. Bank Dunia, AS dan Britain menghulurkan AS$ 70 juta untuk projek itu. Pada 20 Julai 1956, AS dan Britain menarik balik tawaran. Bank Dunia juga membatalkan bantuan pinjaman. Pada 26 Julai, Nasser mengumumkan memiliknegarakan syarikat Terusan Suez bagi membiayai pembinaan Empangan Swan dan siap dibina pada Januari 1968. Hal ini menambah ketegangan antara Mesir, Britain dan Perancis lalu membekukan aset-aset Mesir dan memberi amaran serangan tentera.

Pada 1 Ogos, KRSS setuju menghulurkan bantuan bagi membina empangan tinggi itu. Hubungan dengan Britain dan Perancis terus merosot sepanjang musim panas. Kemuncaknya ialah serangan Inggeris-Perancis-Israel terhadap Mesir pada Oktober. Pasukan Israel menguasai Gaza dan Sinai pada 29 Ogos. Pada 31 Ogos tentera British dan Perancis diserang di Terusan Suez. Operasi tentera dihentikan setelah mendapat tekanan daripada KRSS, AS dan tekanan PBB pada 7 November. Tentera British dan Perancis dipindahkan pada 22 Disember. Semua bank dan syarikat British dan Perancis berjumlah 15,000 dimiliknegarakan.